Khamis, 31 Januari 2013

Daging Tenggiling


RENGGILING : BINATANG YANG DILINDUNGI DAN YANG DIBURU !
-
-
Dipasaran gelap internasional harga daging trenggiling, binatang yang dilindungi, mencapai 112 dollar AS per kg(sekitar Rp. 1 juta). Harga jual di restoran bisa mencapai 210 Dollar AS (sekitar Rp 1,9 juta) per kg dan harga sisiknya per keping mencapai 1 dollar AS (sekitar Rp. 9.000). Sedangkan harga jual 1 kg daging teringgiling dari pengumpul lokal (di Indonesia) mencapai Rp.250.000.
-
Harga jual daging trenggiling yang menggiurkan inilah yang membuat orang-orang memburu teringgiling yang hidup di Indonesia (juga di Malaysia dan Thailand) untuk di ekspor daging dan kulitnya (sisik) secara ilegal ke para peminat di luar negeri, antara lain ke ChinaSingaporeThailand,Vitenam dan Laos demi kepentingan bahan kosmetikobat kuat, santapan di restoran dan kulitnya untuk bahan pembuatan shabu (narkoba).

Selasa, 17 Ogos 2010

Punca Kepupusan Tenggiling







KITA sering diberi pilihan sama ada kita mahu mengekalkan flora (tumbuh-tumbuhan) dan fauna (hidupan binatang) ataupun tidak langsung menikmati penambahan kemudahan infrastruktur. Bagi kebanyakan kita mengalah kepada tuntutan pemodenan dan kemajuan. Kita korbankan flora dan fauna di sekeliling kita bagi memberi laluan kepada pembangunan. Implikasinya seperti yang kita lihat sekarang, banyak spesies-spesies flora dan fauna yang semakin diancam kepupusan.

Selain itu, ancaman terhadap spesies-spesies flora dan fauna ini juga sebenarnya turut menjejaskan kitaran ekologi secara keseluruhan kerana kedua-dua unsur itu dan juga manusia sendiri adalah sebahagian daripada elemen yang perlu ada untuk mewujudkan keseimbangan semula jadi. Jika kita kaji secara mendalam, punca masalah kemusnahan flora dan fauna ini adalah manusia sendiri. Di bawah dikemukakan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini dengan tumpuan kepada masalah pemusnahan fauna terutamanya Tenggiling. Antara penyebabnya adalah..

1. Kemusnahan dan perubahan habitat

Seperti yang dinyatakan tadi, aktiviti-aktiviti manusia adalah punca utama kepupusan Tenggiling. Contoh aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan.

Aktiviti-aktiviti ini telah memusnahkan habitat dan spesies Tenggiling dalam sesuatu jangka masa tertentu. Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau mengecilkan habitat Tenggiling yang memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup.Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan Tengiling mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Kematian dan pengurangan bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini.

2. Pembakaran hutan

Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang sering berlaku di hutan boleh menyebabkan kehidupan Tengiling terancam dan akan mati. Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya.

3. Pemburu haram

Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan negara ini juga adalah faktor kemusnahan habitat dan spesies Tengiling. Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di negara ini. Sukarnya menyeludup haiwan ini daripada dihidu oleh pihak berkuasa menyebabkan haiwan-haiwan ini sering disembunyikan dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Menurut kajian yang pernah dilakukan, daripada 10 haiwan yang diseludup, biasanya hanya seekor sahaja yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan selamat. Hal ini menyebabkan nilai haiwan tersebut sangat tinggi dan ini menggalakkan lagi pemburuan haram. Menyedihkan juga kerana terdapat Tenggiling dijual kepada institusi-institusi tertentu untuk tujuan penyelidikan.

Dianggarkan hampir 200,000 Tenggiling digunakan setiap tahun untuk tujuan penyelidikan sehingga menyebabkan Tenggiling hampir pupus kini.

4. Keperluan barangan berasaskan haiwan

Gaya hidup manusia turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. Semua sedia maklum, walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan diperkenalkan, masalah memburu binatang untuk mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian badan binatang yang dikatakan memberi kekuatan pada manusia terus berleluasa.

Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan Tenggiling ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.

5. Pencemaran

Pencemaran yang teruk menyebabkan kepupusan Tenggiling dimana banyak tadahan air yang beracun dan tidak sesuai diminum. Keadaan ini juga dapat meningkatkan kematian kepada Tenggiling.

6. Perubahan suhu dunia

Faktor ini mungkin satu-satunya punca yang tidak boleh dikaitkan dengan aktiviti manusia. Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Tenggiling turut terjejas apabila berlakunya peningkatan suhu dipersekiarannya yang boleh membawa kepada penyakit dan kemungkinan boleh mati. Keadaan ini adalah salah satu faktor yang membawa kepupusan Tenggiling.

Isnin, 26 April 2010

Latar Belakang Tenggiling

Tenggiling

Tenggiling merupakan sejenis haiwan yang hidup didaratan dan merupakan sejenis haiwan yang terlindung di Malaysia. Tenggiling sukar ditemui di tempat terbuka dan hidup secara berkelompok. Tenggiling akan keluar mencari makanan pada waktu malam.